Tolongshareya
– Sahabat tolongshareya Prolapse rahim ialah satu keadaan di mana rahim jatuh
ke bawah dan kadang-kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya
disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan
asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justru itu rahim
seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.
Keadaan
ini merangkumi beberapa peringkat, di peringkat awal ia hanya jatuh sedikit
daripada kedudukan biasa, peringkat kedua di mana pintu rahim jatuh sampai ke
permukaan faraj dan peringkat ketiga yang sangat teruk adalah apabila
keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj (satu keadaan
yang biasa digelar ‘tombong’’, lihat tajuk ‘Pembedahan’) Diantara kesan-kesan
kekenduran faraj dan otot rahim adalah seperti berikut.
1. Gangguan
perkencingan.
Banyak
wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi
masalah perkencingan seperti kerap kencing, sulit ketika kencing tetapi apa
yang ketara sekali sukar untuk mengawal kencing khususnya apabila ia batuk,
bersin ataupun apa perbuatan yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat
seperti ketawa berdekah-dekah, semput dan ketika hendak berdiri daripada sujud
ketika sembahyang, maka air kencing akan keluar dengan sendiri tanpa boleh
dikawal.
Keadaan
ini disebut dengan nama Stress Incontincence dan sangat menyusahkan dan
mengganggu tugas harian seseorang wanita khususnya dalam menjalankan amal
ibadah seperti sembahyang sebab ia mudah batal daripada wudhu’nya.
Oleh
sebab berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj
yang biasa digelar dengan nama Pelvic Floor Muscle, maka kekuatannya untuk
mencekang atau mengemut dalam proses hubungan se*ks*ual mungkin terganggu
sedikit. Ini boleh mengurangkan kepuasan dan kenikmatan se*ks khususnya pada
pihak suami. Banyak wanita serta suami mengadu tentang kekurangan nikmat atau
kepuasan se*ks selepas kelahiran bayi dan perkara ini memang berpuncak daripada
berbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot
disekeliling faraj.
2. Ketidakselesaan dan
sakit pinggang
Gangguan
lain yang boleh timbul akibat daripada prolapse rahim ialah rasa tidak selesa sebab
sesuatu benda yakni rahim terkeluar daripada farajnya. Ini berlaku ketika ia
berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab rahim jatuh ia menarik otot dan
sering-kali urat di bahagian pinggang juga agak tertarik menyebabkan ramai di
antara mereka yang mengadu sakit pinggang.
3. Gangguan Kesehatan
Dalam
kes prolapse yang teruk atau peringkat ketiga di mana keseluruhan rahim
terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam menyebabkan luka
atau erosion. Luka ini seringkali dijangkiti kuman menyebabkan keputihan atau
pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka panjang ada juga kes di mana
berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeresan yang berpanjangan. Malah ada
setengah kanser pangkal rahim timbul daripadanya.
Semoga
bermanfaat
sumber:Postshare