Tolongshareya – Sahabat Tolongshareya, Kisah dari Ashabul
Kahfi (أصحاب الكهف) merupakan suatu kisah
benar tentang 7 orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua. Di dalam
Al-Quran, dari ayat 9 hingga 26; Surah Al-Kahfi, diceritakan kisah beberapa
orang pemuda beriman yang sudah melarikan diri ke sebuah gua dan bagaimana
Allah سبحانه وتعالى
tidurkan mereka selama 309 tahun.
Jika difikir secara logik akal, maka kisah dan cerita
tentang Ashabul Kahfi termasuk suatu kejadian pelik, luar biasa dan
menakjubkan. Tiada manusia yang dapat menjelaskan bagaimana ada orang yang
boleh tidur sehingga ratusan tahun tanpa makan dan minum. Namun bagi orang yang
beriman dan meyakini Allah سبحانه وتعالى
bahawa tiada yang mustahil jika Allah سبحانه وتعالى
mengkehendakinya demikian.
Allah سبحانه وتعالى
berfirman;
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا ﴿٩
“Adakah kamu menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah
‘Ashabul Kahfi’ (penghuni gua) dan ‘Ar-Raqiim’ termasuk antara tanda-tanda
kekuasaan Kami yang menakjubkan?” (Surah Al-Kahfi; Ayat 9)
Dimanakah
Terletaknya Gua Ashabul Kahfi ?
Sahabat Tolongshareya, Sudah menjadi perdebatan
daripada zaman berzaman mengenai gua dan tempat persembunyian Ashabul Kahfi.
Banyak tempat mendakwa dimana berlakunya kisah ini seperti di Gua di Jabal
Qassiyyun, Syria dan Gua di Ephesus (Tarsus), Turki. Namun Gua Ashabul Kahfi
(Kahf Ahlil Kahf) yang terletak di Abu Alanda, kira-kira 7 km dari pusat bandar
Amman, Jordan, merupakan lokasi sejarah yang lebih menepati ciri-ciri yang
dikisahkan di dalam Al-Quran.
Kawasan ini suatu ketika dahulu dikenali sebagai
‘Ar-Raqim’ kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang bernama Khirbet Ar-Raqim
di kawasan tersebut. Perkataan ‘Ar-Raqim’ juga disebut di dalam Al-Quran dan
Ahli Tafsir menafsirkan ‘Ar-Raqim’ sebagai nama anjing dan ada menyatakannya
sebagai batu bersurat.
Walau bagaimanapun, Allah سبحانه وتعالى tidak
menunjuk dan menyatakan dengan jelas di mana tempat sebenar mereka bersembunyi.
Sebab utamanya ialah kerana ia tidak memberi manfaat bagi umat Islam kerana
Allah سبحانه وتعالى
hanya mahu hamba-Nya mengambil iktibar kisah pejuangan tujuh pemuda mempertahankan
akidah mereka.
Namun begitu berdasarkan ayat 17 surah al-Kahfi, dapat
kita ketahui kedudukan sebenar pintu gua yang menjadi tempat persembunyian
ketujuh-tujuh pemuda tersebut berada di sebelah utara. Firman Allah سبحانه وتعالى;
وَتَرَى الشَّمْسَ إِذَا طَلَعَت تَّزَاوَرُ عَن كَهْفِهِمْ ذَاتَ الْيَمِينِ وَإِذَا غَرَبَت تَّقْرِضُهُمْ ذَاتَ الشِّمَالِ وَهُمْ فِي فَجْوَةٍ مِّنْهُۚ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّـهِۗ مَن يَهْدِ اللَّـهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِۖ وَمَن يُضْلِلْ فَلَن تَجِدَ لَهُ وَلِيًّا مُّرْشِدًا ﴿١٧
“Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong
ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah
kiri, sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua itu. Yang demikian
ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi
hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan;
dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh
sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.” (Surah
Al-Kahfi; Ayat 17)
Kisah
Pembuktian
Sahabat Tolongshareya, Ashabul Kahfi bukanlah kisah
epik jenaka, dongeng atau suatu cerita rekaan manusia. Sejarah kejadian
tersebut sebenarnya mempunyai hubungan erat dengan kegelisahan Nabi Muhammad.
Yaitu semasa ditanya oleh beberapa orang Yahudi untuk membuktikannya bahawa
Baginda memang seorang Nabi Utusan Allah سبحانه وتعالى.
Orang-orang Yahudi bertanya Rasulullah, “Wahai
Muhammad! Tolong ceritakan kepada kami tentang kisah 7 pemuda yang rela
mengasingkan diri untuk mempertahankan keyakinannya kepada Allah سبحانه وتعالى.
Jika engkau sanggup menceritakan dengan benar, maka kami juga akan mengikuti
ajaranmu dan menjadi sebahagian daripada orang Islam.”
Lalu Nabi Muhammad memohon pertolongan pada Allah سبحانه وتعالى
dan selepas 15 hari kemudian baginda mendapat wahyu tentang penjelasan kisah
Ashabul Kahfi atau cerita mengenai 7 pemuda yang ditanyakan oleh orang Yahudi
tersebut. Penjelasan mengenai kisah Ashabul Kahfi ini terdpat pada Surah Kahfi
mulai ayat 9 hingga 26, di dalam kitab suci Al-Quran.
Kisah
Ashabul Kahfi
Sahabat Tolongshareya, Sebagaimana yang sudah
dikisahkan turun-temurun. Pada asalnya penduduk sebuah negeri itu beriman
kepada Allah سبحانه وتعالى
dan beribadat mengEsakanNya. Namun keadaan berubah selepas kedatangan seorang
raja bernama Diqyanus (Decius).
Raja kufur dari Rom ini, memerintah secara kejam dan
kuku besi. Sesiapa yang menentang keinginan raja, maka samalah seperti ingin
mengakhiri hidupnya lebih awal. Dia memaksa rakyat di bawah pemerintahannya
supaya murtad dari agama Allah سبحانه وتعالى
serta bertukar kepada agama kufur dan menyembah batu berhala yang dianutinya.
Rakyat yang takut dengan ancaman dan seksaan raja tersebut terpaksa akur dengan
arahan yang zalim itu.
Dalam pada itu terdapat sekumpulan pemuda beriman
enggan tunduk dengan tekanan Raja Diqyanus yang kafir. Di tengah-tengah
kekufuran raja, bangsa dan kaum mereka, kesemua tujuh pemuda tersebut secara
sembunyi-sembunyi tetap beriman kepada Allah سبحانه وتعالى.
Mereka teguh mempertahankan aqidah mereka walaupun menyedari nyawa dan diri
mereka mungkin terancam dengan berbuat demikian.
Pengesahan keberimanan pemuda-pemuda ini dinyatakan
oleh Allah سبحانه وتعالى
dalam firmanNya;
نَّحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّۚ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى ﴿١٣
“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal
mereka dengan benar; Sesungguhnya mereka itu ialah pemuda-pemuda yang beriman
kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka hidayah petunjuk.” (Surah Al-Kahfi; Ayat 13)
Kepercayaan dan keyakinan 7 pemuda ini terus bertahan
sehingga kemudiannya sampai ke pengetahuan raja dan akhirnya mereka dipanggil
mengadap Raja Diqyanus.
Di hadapan raja yang zalim itu, mereka dengan penuh
berani dan bersemangat, petah berhujah mempertahankan iman dan prinsip aqidah
yang mereka yakini. Pemuda-pemuda tersebut mengakui bahawa hanya ada satu Tuhan
yang layak disembah dan diminta pertolongan. DIA-lah Allah سبحانه وتعالى
yang Esa, Yang Maha Menguasai alam beserta isinya yang kekal abadi dan tidak
akan ada sebarang kekurangan, DIA-lah tempat kita meminta pertolongan dalam
susah atau senang, suka mahupun duka.
Allah سبحانه وتعالى
berfirman dan menceritakan peristiwa mereka berhujjah;
وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَ مِن دُونِهِ إِلَـٰهًاۖ لَّقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا ﴿١٤﴾ هَـٰؤُلَاءِ قَوْمُنَا اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ آلِهَةًۖ لَّوْلَا يَأْتُونَ عَلَيْهِم بِسُلْطَانٍ بَيِّنٍۖ فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّـهِ كَذِبًا ﴿١٥
“Dan Kami sudah meneguhkan hati mereka sewaktu mereka
berdiri (di hadapan raja) lalu mereka berkata (membentangkan dan menegaskan
tauhid): “Tuhan kami ialah Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan) langit dan
bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan selain Dia, sesungguhnya jika
kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu
yang amat jauh dari kebenaran. Kaum kami ini sudah menjadikan selain Dia
sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan
yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada
orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah سبحانه وتعالى?”
(Surah Al-Kahfi; Ayat 14-15)
Raja Decius dan pengikut-pengikutnya terkejut dan gagal
menjawabnya. Walaupun tidak mampu membalas hujah-hujah yang mantap dari
pemuda-pemuda beriman tersebut, raja yang kufur dan zalim itu tetap berkeras
mahu mereka murtad daripada agama mereka.
Raja Diqyanus menggunakan kekuasaan yang ada padanya
untuk mengancam dan memaksa para pemuda meninggalkan agama mereka, jika dalam
tempoh 2 hari para pemuda tersebut gagal membuat demikian dan tidak mahu
mengubah keyakinan mereka dengan segera, maka mereka akan dimurtadkan secara
paksa atau akan dijatuhi hukum mati.
Ramai ‘mufassirin’ (ahli tafsir) generasi salaf dan
‘khalaf’ (generasi awal Islam dan generasi yang terkemudiannya) yang
menyebutkan, para pemuda tersebut terdiri daripada anak-anak raja Rom dan
orang-orang terhormat mereka yang bersatu kerana iman. Mereka tidak takut
dengan ancaman itu dan sudah bertekad untuk saling bantu-membantu dan
mempertahankan keimanan mereka hingga titisan darah terakhir. Bagi mereka lebih
baik mati menggenggam iman daripada mengikuti jejak raja yang menyekutukan
Allah سبحانه وتعالى.
Oleh kerana sayangkan aqidah dan agama mereka,
pemuda-pemuda tersebut bermesyuarat sesama sendiri untuk mencari satu keputusan
muktamad. Kumpulan pemuda itu akhirnya membuat kesepakatan untuk bersembunyi.
Allah سبحانه وتعالى
berfirman;
وَإِذِ اعْتَزَلْتُمُوهُمْ وَمَا يَعْبُدُونَ إِلَّا اللَّـهَ فَأْوُوا إِلَى الْكَهْفِ يَنشُرْ لَكُمْ رَبُّكُم مِّن رَّحْمَتِهِ وَيُهَيِّئْ لَكُم مِّنْ أَمْرِكُم مِّرْفَقًا ﴿١٦
“Dan oleh kerana kamu sudah mengasingkan diri dari
mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah سبحانه وتعالى,
maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari
rahmat-Nya kepada kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan
urusan kamu dengan memberi bantuan yang berguna.” (Surah Al-Kahfi; Ayat 16)
Akhirnya mereka memutuskan untuk lari bersembunyi dan
berlindung ke suatu tempat tersorok di kawasan pendalaman. Berangkatlah mereka
bertujuh ke kawasan pergunungan bernama Nikhayus. Di situ terdapat sebuah gua
untuk dijadikannya tempat bersembunyi dan di pintu gua itulah mereka berdoa
sebelum memasukinya.
Allah سبحانه وتعالى
berfirman pada ayat 10, Surah Al-Kahfi;
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا
“(Ingatkanlah peristiwa) ketika sekumpulan pemuda pergi
ke gua, lalu mereka berdoa:
doa-ashabul-kahfi
Sahabat Tolongshareya, Menurut para ulama’ Ashabul
kahfi (penghuni gua) yang dimaksudkan dalam ayat di atas, terdiri daripada
tujuh orang pemuda bernama;
1. Tamlikha (تمليخا)
2. Maksalmina (مكسلمينا)
3. Marthunus (مرطونس)
4. Nainunus (نينونس)
5. Saryunus (ساريونس)
6. Zunuwanus (ذونوانس)
7. Falyastathyunus (فليستطيونس)
Dan semasa dalam perjalanan ke gua itu, ketujuh-tujuh
mereka sudah ditemani oleh seekor anjing bernama Qithmir (قطمير).
Diriwayatkan juga bahawa Qitmir ialah anjing milik Tamlikha iaitu salah seorang
daripada tujuh orang pemuda tersebut.
Anjing itu turut bersama-sama dengan mereka berlindung
dan bersembunyi di dalam gua tersebut. Oleh kerana keletihan, ketujuh pemuda
ini tertidur sementara si anjing berada di sekitar pintu gua.
Keesokan harinya raja memerintahkan agar segera membawa
para pemuda untuk dihukum mati, tetapi arahan raja kejam ini menemui kegagalan
kerana para pemuda sudah menghilangkan diri dan sukar ditemui. Seluruh rakyat
dikerahkan untuk mencari para pemuda yang dianggap menderhaka itu.
Pencarian
Sahabat Tolongshareya, Pencarian pun bermula, mereka
diburu oleh para pembantu setia raja. Mereka bukan sahaja diburu oleh tentera
Rom bahkan turut diberi tekanan oleh penduduk tempatan yang berpegang kuat
terhadap agama nenek moyang mereka. Sesiapa di kalangan mereka yang mampu
mencari dan membawa pemuda-pemuda tersebut ke hadapan, raja sudah berjanji
untuk memberikan hadiah dan kenaikan pangkat.
Ada sekumpulan pencari dan pegawai kerajaan yang
akhirnya menemui sebuah gua di kawasan pedalaman. Tetapi oleh kerana gua itu
dianggap sangat menggerunkan, mereka takut untuk memasukinya.
Firman-Nya lagi;
وَكَلْبُهُم بَاسِطٌ ذِرَاعَيْهِ بِالْوَصِيدِۚ لَوِ اطَّلَعْتَ عَلَيْهِمْ لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ فِرَارًا وَلَمُلِئْتَ مِنْهُمْ رُعْبًا ﴿١٨
“…dan anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya
dekat pintu gua. Dan jika kamu melihat mereka, tentulah kamu akan berpaling
melarikan (diri) dari mereka, dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi rasa gerun
takut kepada mereka.” (Surah Al-Kahfi; Ayat 18)
Demi menyenangkan hati raja, para pegawai kerajaan
melaporkan bahawa mereka sudah menyusuri semua tempat di negeri tersebut dan sudah
menutup sebuah gua dengan tujuan sekiranya para pemuda tersebut berada di
dalam, maka mereka tidak akan boleh keluar dan akan mati kelaparan.
Itulah batas logik manusia yang mempunyai kuasa dan
merasa paling hebat berbanding dengan yang lain, padahal kita semua mengetahui
bahawa terdapat suatu kekuatan yang tidak mungkin boleh ditakluki oleh kuasa
akal dan fikir manusia. Dialah Allah سبحانه وتعالى
yang tak akan membiarkan orang-orang membuat kerosakan dan penderitaan kepada
hamba-hamba yang dikasihi-Nya.
Jasad
Terpelihara
Sahabat Tolongshareya, Sementara itu di dalam gua,
kesemua tujuh pemuda tersebut diberi ketenangan dan keselamatan oleh Allah سبحانه وتعالى.
Mereka sudah ditidurkan oleh Allah سبحانه وتعالى
dengan nyenyaknya dalam gua tersebut untuk sekian lama.
Allah سبحانه وتعالى
berfirman tentang mereka di dalam gua;
فَضَرَبْنَا عَلَىٰ آذَانِهِمْ فِي الْكَهْفِ سِنِينَ عَدَدًا ﴿١١
“Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam
gua itu bertahun-tahun lamanya.” (Surah Al-Kahfi; Ayat 11)
Allah سبحانه وتعالى
ingin menzahirkan bukti-bukti kekuasaanNya kepada hamba-hambaNya melalui
peristiwa ini. Maka Allah سبحانه وتعالى sudah
mentakdirkan pemuda-pemuda ini tidur dalam jangka masa yang sangat lama iaitu
selama 309 tahun: tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli kitab / Tahun Masihi)
dan tambah sembilan tahun lagi (dengan kiraan kamu / Tahun Hijrah).
Firman Allah سبحانه وتعالى;
وَلَبِثُوا فِي كَهْفِهِمْ ثَلَاثَ مِائَةٍ سِنِينَ وَازْدَادُوا تِسْعًا ﴿٢٥
“Dan mereka sudah tinggal tidur dalam gua mereka selama
tiga ratus tahun (dengan kiraan ahli Kitab), dan hendaklah kamu tambah sembilan
tahun lagi (dengan kiraan kamu) (yakni menjadi 309 tahun).” (Surah Al-Kahfi;
Ayat 25)
Walaupun mereka tidur amat lama dan tanpa makan dan
minum, tetapi dengan kuasa Allah سبحانه وتعالى,
badan dan jasad mereka tidak hancur atau rosak. Dengan kuasaNya juga, kedudukan
gua tempat persembunyian ketujuh-tujuh pemuda yang berada di sebelah utara
secara tidak langsung sudah memelihara pencahayaan, pengudaraan dan kesegaran
tubuh mereka sepanjang 3 abad itu.
Firman Allah سبحانه وتعالى;
وَتَرَى الشَّمْسَ إِذَا طَلَعَت تَّزَاوَرُ عَن كَهْفِهِمْ ذَاتَ الْيَمِينِ وَإِذَا غَرَبَت تَّقْرِضُهُمْ ذَاتَ الشِّمَالِ وَهُمْ فِي فَجْوَةٍ مِّنْهُۚ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّـهِۗ مَن يَهْدِ اللَّـهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِۖ وَمَن يُضْلِلْ فَلَن تَجِدَ لَهُ وَلِيًّا مُّرْشِدًا ﴿١٧
“Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong
ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah
kiri, sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua itu. Yang demikian
ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi
hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan;
dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh
sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.” (Surah
Al-Kahfi; Ayat 17)
Allah سبحانه وتعالى
sengaja memberi ilham kepada ketujuh-tujuh pemuda tersebut untuk menemui gua
tersebut sedangkan mereka sendiri tidak mengetahui bahawa Allah سبحانه وتعالى sudah
menetapkan aturannya. Bahkan Allah سبحانه وتعالى
menyatakan bahawa; jika kita lihat keadaan mereka di dalam gua itu, nescaya
kita tidak akan percaya bahawa mereka sedang tidur. Maha Suci Allah Yang Maha
Bijaksana.
Firman-Nya lagi;
وَتَحْسَبُهُمْ أَيْقَاظًا وَهُمْ رُقُودٌۚ وَنُقَلِّبُهُمْ ذَاتَ الْيَمِينِ وَذَاتَ الشِّمَالِۖ وَكَلْبُهُم بَاسِطٌ ذِرَاعَيْهِ بِالْوَصِيدِۚ لَوِ اطَّلَعْتَ عَلَيْهِمْ لَوَلَّيْتَ مِنْهُمْ فِرَارًا وَلَمُلِئْتَ مِنْهُمْ رُعْبًا ﴿١٨
“Dan engkau sangka mereka sedar padahal mereka tidur;
dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah
kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah), sedang anjing mereka
mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan
mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan (diri) dan
tentulah (hati) kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka.” (Surah
Al-Kahfi; Ayat 18)
Kebangkitan
Sahabat Tolongshareya, Masa terus berlalu, zaman pun sudah
berganti dari beberapa generasi. Kini kerajaan yang dahulu dipimpin oleh raja
kejam dan musyrik sudah berubah menjadi sebuah negeri yang maju dan bebas dalam
menjalani keyakinan agama masing-masing.
Apabila sampai tempoh yang ditetapkan Allah سبحانه وتعالى
(300 + 9 tahun), mereka pun dibangunkan. Pemuda-pemuda tersebut sudah terjaga
kerana perut mereka terasa lapar, dan ketika bangun mereka saling bertanya
tentang berapa lama mereka tertidur. Para pemuda menyangka mereka hanya
tertidur dalam masa sehari atau separuh hari sahaja, tanpa menyedari bahawa
mereka sudah tidur dalam jangka masa yang amat lama di dalam gua.
Firman Allah سبحانه وتعالى;
قَالَ قَآئِلٌ مِّنْهُمْ كَمْ لَبِثْتُمْ ۖ قَالُوا۟ لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ ۚ
“Berkatalah salah seorang di antara mereka: “Sudah
berapa lamakah kamu berada (di sini?)”. Mereka menjawab: “Kita berada (di sini)
sehari atau setengah hari…..” (Surah Al-Kahfi; Ayat 19)
Atas rasa lapar itu, lalu sebahagian daripada mereka
mencadangkan agar dihantar seorang wakil untuk ke bandar bagi mencari sesuatu
untuk di makanan. Akhirnya mereka memilih pemuda bernama Tamlikha untuk ke kota
Afsus. Kebetulan semasa mereka melarikan diri dulu mereka membawa bersama bekalan
wang perak.
Firman Allah سبحانه وتعالى
menceritakan cadangan sebahagian dari mereka itu;
وَكَذَٰلِكَ بَعَثْنَاهُمْ لِيَتَسَاءَلُوا بَيْنَهُمْۚ قَالَ قَائِلٌ مِّنْهُمْ كَمْ لَبِثْتُمْۖ قَالُوا لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍۚ قَالُوا رَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَا لَبِثْتُمْ فَابْعَثُوا أَحَدَكُم بِوَرِقِكُمْ هَـٰذِهِ إِلَى الْمَدِينَةِ فَلْيَنظُرْ أَيُّهَا أَزْكَىٰ طَعَامًا فَلْيَأْتِكُم بِرِزْقٍ مِّنْهُ وَلْيَتَلَطَّفْ وَلَا يُشْعِرَنَّ بِكُمْ أَحَدًا ﴿١٩﴾ إِنَّهُمْ إِن يَظْهَرُوا عَلَيْكُمْ يَرْجُمُوكُمْ أَوْ يُعِيدُوكُمْ فِي مِلَّتِهِمْ وَلَن تُفْلِحُوا إِذًا أَبَدًا ﴿٢٠
“Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke
kota dengan membawa wang perak kamu ini, dan hendaklah dia lihat manakah
makanan yang paling baik (yakni yang bersih dan halal), maka hendaklah dia
membawa makanan itu untuk kamu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan
janganlah sekali-kali menceritakan hal kamu kepada seseorangpun. Sesungguhnya
jika mereka dapat mengetahui tempatmu, nescaya mereka akan melempar kamu dengan
batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian nescaya
kamu tidak akan beruntung selama-lamanya.” (Surah Al-Kahfi; Ayat 19-20)
Lihatlah betapa bersihnya hati dan akhlak mereka.
Walaupun dalam keadaan yang cemas dan sukar serta kelaparan, mereka masih
berpesan kepada sahabat mereka yang ditugaskan ke kota mencari makanan itu
supaya mencari dan memilih makanan yang bersih lagi halal. Ini menandakan
bahawa mereka ialah pemuda-pemuda yang bertakwa kepada Allah سبحانه وتعالى.
Walaupun Allah سبحانه وتعالى
menyatakan dalam ayat di atas bahawa para pemuda tadi amat berhati-hati dan
berjaga-jaga agar jangan diketahui orang lain kerana mereka menyangka raja yang
memerintah negeri masih lagi raja kafir yang dahulu, namun Allah سبحانه وتعالى sudah
mentakdirkan supaya berita tentang mereka diketahui oleh hamba-hambaNya yang
lain bagi menunjukkan akan keagungan kekuasaan dan kehebatan-Nya.
Semasa pemuda-pemuda Ashabul Kahfi itu dibangkitkan
Allah سبحانه وتعالى
selepas tidur selama 309 tahun, suasana negeri sudah banyak berubah. Kebetulan
Raja dan pemerintah negeri merupakan orang yang beriman kepada Allah سبحانه وتعالى,
begitu juga dengan kebanyakan rakyatnya.
Namun masih terdapat segelintir rakyat dalam negeri itu
yang masih ragu-ragu dan mempertikaikan tentang kebenaran kiamat; mereka masih
ragu-ragu bagaimana Allah سبحانه وتعالى
boleh menghidupkan orang yang sudah mati? Apatah lagi yang sudah beribu malah
berjuta tahun lamanya dimakan tanah. Maka bertepatanlah masanya Allah سبحانه وتعالى
membangkitkan Ashabul Kahfi pada zaman tersebut dan menzahirkan kekuasaanNya
kepada hamba-hambaNya yang masih lagi ragu-ragu.
Firman Allah سبحانه وتعالى;
وَكَذَٰلِكَ أَعْثَرْنَا عَلَيْهِمْ لِيَعْلَمُوا أَنَّ وَعْدَ اللَّـهِ حَقٌّ وَأَنَّ السَّاعَةَ لَا رَيْبَ فِيهَا إِذْ يَتَنَازَعُونَ بَيْنَهُمْ أَمْرَهُمْ
“Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang
ramai supaya mereka mengetahui bahawa janji Allah سبحانه وتعالى
menghidupkan orang mati ialah benar, dan bahawa kedatangan hari kiamat tidak
ada keraguan padanya.” (Surah Al-Kahfi; Ayat 21)
Pendedahan ini berlaku semasa orang ramai bertelagah
sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Allah سبحانه وتعالى sudah
mendedahkan perihal pemuda-pemuda Ashabul Kahfi semasa wakil mereka itu datang
ke kota hendak membeli makanan.
Pemuda yang keluar menuju ke pasar mencari makanan.
Dengan perasaan khuatir dan takut, akhirnya sampai ke kota. Dia berasa hairan
melihat keadaan kota tersebut dan penduduknya yang berubah sama sekali, tidak
seperti ketika ditinggalkan dahulu.
Dalam terpinga-pinga itu, akhirnya sampai juga dia ke
pasar dan menemui salah seorang penjaja makanan. Namun penjual hairan dan pelik
dengan wang yang digunakan oleh pemuda ini. Penduduk kota yang sudah kehairanan
melihat keadaan dia dan mereka semakin syak apabila melihat wang perak yang
dibawanya ialah wang yang sudah berzaman tidak digunakan lagi.
Dia sudah disyaki menjumpai harta karun lalu dipanggil
penguasa pasar yang sangat bijak. Dalam perbualannya, maka terbuktilah kepada
orang ramai bahawa pemuda itu ialah pemuda yang lari dari kepungan raja pada
tiga abad yang silam. Mereka mengetahui akan peristiwa itu, daripada cerita
yang masyhur dan sudah disedia maklum oleh orang ramai. Larinya pemuda-pemuda
itu kerana tidak rela menjual agama mereka kepada raja yang zalim dan memaksa
mereka untuk menyembah batu.
Lalu salah seorang di antara mereka berkata kepada
pemuda tersebut: “Janganlah kamu khuatir kepada raja ganas yang kamu katakan
tadi. Raja itu sudah mati 300 tahun yang lalu. Raja yang memerintah sekarang
ini ialah seorang raja mukmin yang soleh juga baik hati. Raja kami yang
sekarang ini orangnya beriman seperti mana yang kamu imani.”
Barulah pemuda itu sedar dan insaf akan apa yang
sebenarnya sudah terjadi. Dengan ketenangan yang amat jelas serta dengan alasan
dan bukti-bukti yang cukup terang, maka terbuktilah bahawa mereka berada dalam
gua bukan semalam atau setengah hari tetapi sudah tiga abad lamanya.
Orang ramai kemudiannya membawa pemuda tersebut
mengadap raja beriman yang mengambil berat hal agama itu. Betapa terkejutnya
raja ketika pemuda menceritakan siapa dia sebenarnya, raja memeluk pemuda
dengan juraian air mata yang tak terhingga. Seketika suasana istana menjadi
sangat hening dan terharu oleh kehadiran pemuda yang luar biasa tersebut.
Raja yang soleh ini kemudian menjelaskan kepada pemuda
itu bahawa raja kejam Diqyanus sudah mati 309 tahun yang lalu. Selepas
mendengar kisah menakjubkan itu, raja lalu mengajak para pembesarnya dan semua
orang yang hadir berangkat ke Gua Ashabul Kahfi bersama wakil pemuda itu, untuk
menjemput dan bertemu dengan kesemua pemuda tersebut, apalagi mereka sedang
menunggu dengan kelaparan dalam gua, di samping ingin mengetahui keadaan di gua
dan untuk mendengar kisah sebenar mereka.
Sesudah mereka keluar dari gua itu, mereka disambut
raja dan penduduk negeri. Raja membawa mereka ke dalam istana dan diberinya
tempat di istana yang indah itu. Tidak lama kemudian walaupun raja berkali-kali
meminta agar para pemuda ini tetap tinggal di istana, tapi kumpulan pemuda
tersebut menolak dengan baik dan tetap memilih untuk kembali ke gua semula.
Para pemuda tadi lalu berkata kepada raja: “Kami ini
sudah tidak mengharap hidup yang lebih panjang lagi kerana kami sudah melepasi
beberapa keturunan dan kesemuanya sudah meninggal dunia, malah negeri dan
binaan besar yang dahulu pun sudah runtuh semuanya; yang kami lihat sekarang
ini ialah serba baru. Kami pun puas hati melihat raja dan penduduk yang hidup
di negeri ini sudah sama-sama beriman kepada Allah سبحانه وتعالى.”
Di hadapan orang ramai, para pemuda ini menyarankan
supaya mereka hendaklah sentiasa beriman kepada Allah سبحانه وتعالى,
jangan sesekali tunduk kepada sesiapa yang mengajak pada jalan kesesatan dan
kemusyrikan.
Tidak lama kemudian selepas mereka memberi ucapan
selamat tinggal kepada raja dan rakyatnya yang beriman itu. Para pemuda lalu
sama-sama bersujud dan berdoa ke hadhrat Allah سبحانه وتعالى
agar menurunkan rahmatNya dan agar Allah سبحانه وتعالى
mengizinkan mereka pulang ke rahmatullah. Sejurus selepas mengucapkan doa itu
mereka merebahkan badan di tempat pembaringan lalu menghembuskan nafas mereka
yang terakhir dengan tenang dan tenteram. Termaklumlah bahawa Allah سبحانه وتعالى sudah
mengambil roh pemuda-pemuda itu dan kembali kepadaNya untuk selama-lamanya.
Keadaan dan kejadian itu, menjadi asas yang amat kuat
bagi mereka untuk tetap beriman dan tunduk kepada Allah سبحانه وتعالى,
Tuhan yang Maha Kuasa. Mereka makin percaya bahawa janji Allah سبحانه وتعالى
itu benar belaka dan Hari Qiamat serta akhirat itupun benar semuanya.
Sepeninggalan para pemuda itu, orang ramai lalu
berbincang bagaimana cara untuk memberi penghormatan sewajarnya agar mereka
sentiasa dapat memperingati pemuda-pemuda suci itu. Ada yang mencadangkan
supaya didirikan sebuah bangunan atau tugu sebagai kenangan. Manakala Raja
mencadangkan agar sebuah masjid (rumah ibadat) dibinakan di sisi gua itu supaya
dari dalam masjid itu orang ramai dapat sama-sama menyembah dan membesarkan
nama Allah dan sentiasa insaf akan kebesaran Allah سبحانه وتعالى.
Hal ini diceritakan Allah سبحانه وتعالى
dengan firman-Nya;
فَقَالُوا ابْنُوا عَلَيْهِم بُنْيَانًاۖ رَّبُّهُمْ أَعْلَمُ بِهِمْۚ قَالَ الَّذِينَ غَلَبُوا عَلَىٰ أَمْرِهِمْ لَنَتَّخِذَنَّ عَلَيْهِم مَّسْجِدًا ﴿٢١
“Sesudah itu maka (sebahagian dari mereka) berkata:
“Dirikanlah sebuah bangunan di sisi (gua) mereka, Allah سبحانه وتعالى
jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka”. Orang-orang yang berkuasa atas
urusan mereka (pihak raja) pula berkata: “Sesungguhnya kami hendak membina
sebuah masjid di sisi gua mereka.” (Surah Al-Kahfi; Ayat 21)
Penutup
Allah سبحانه وتعالى
menerangkan kisah Ashab al-Kahfi ini bukanlah sesuatu yang ganjil dan
menghairankan jika dibandingkan dengan ayat-ayat lain. Banyak lagi kejadian
lain seumpamanya yang menunjukkan kekuasaan Allah سبحانه وتعالى,
Yang Maha Kuasa mengatur alam menurut kehendak-Nya tanpa ada yang mampu
menandinginya seperti penciptaan langit dan bumi serta segala yang ada di alam
ini lebih mengagumkan lagi.
Sepertimana dikatakan Prof. Hamka; Maksud ayat al-Kahfi
ini ialah apakah engkau menyangka atau manusia menyangka bahawa manusia yang
dicipta Allah tertidur beratus tahun di dalam gua yang sunyi terpencil itu
sudah sebahagian daripada kuasa Allah سبحانه وتعالى?
Padahal banyak lagi takdir Allah سبحانه وتعالى
di dalam alam ini yang lebih menakjubkan dan lebih ganjil.
Pada hakikatnya, kisah yang penuh pengajaran ini masih
belum cukup untuk menarik perhatian umum. Justru marilah kita melakukan amal
kebaikan dan menjadikan kehidupan sebagai suatu cita-cita luhur bagi meraih
kebaikan dunia atau akhirat. Insya‘Allah.
Semoga kisah diatas bisa menambah pengetahuan sahabat
tolongshareya.
والله أعلم بالصواب
WAllah سبحانه وتعالىu
A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah سبحانه وتعالى
Maha Mengetahui apa yang benar)
Sumber: shafiqolbu.wordpress.com