Tolongshareya
– Sahabat tolongshareya Syukur ke hadirat Ilahi karena kita masih lagi diberi
peluang untuk merasakan dan melalui Ramadan tahun ini. Satiap tahun kita lalui
Ramadan ini, pernahkah kita ajukan pertanyaan kepada diri,
‘Bagaimanakah
Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda menjalani ibadah puasa pada zaman
dahulu, terutama pada 10 malam terakhir?’
Oleh
itu, di sini dikongsikan serba sedikit, antaranya seperti berikut;
1.
Mandi, Berpakaian Cantik Dan Berwangi-wangian
Kebiasaannya,
apabila ingin bertemu dengan orang tersayang, pasti kita akan bersiap dengan
sekemas dan secantik yang boleh, bukan? Begitu juga apabila kita ingin
menghadap Allah SWT; kekasih abadi yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Sesungguhnya,
kebersihan itu juga separuh daripada iman. Berpakaian bersih, kemas dan wangi
ketika beribadah bukan sahaja mengikut sunnah Rasulullah SAW tetapi ia turut
membantu kita untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.
2.
Beriktikaf di Masjid
Iktikaf
adalah berdiam diri di masjid dengan niat untuk beribadah kepada Allah SWT. Abu
Said Al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah beriktikaf pada awal
Ramadan, pertengahan Ramadan dan kerap beriktikaf pada 10 hari terakhir bulan
Ramadan.
3.
Mengejutkan Ahli Keluarga Untuk Bangun Beribadah
Menjelang
10 malam terakhir Ramadan, Rasulullah SAW bukan saja bangun untuk bersolat
sendirian, akan tetapi dikejutkan juga ahli keluarga Baginda yang lain untuk
sama-sama menghidupkan malam terakhir tersebut.
Aisyah
r.anha berkata;
“Rasulullah
SAW ketika memasuki sepuluh hari terakhir (Ramadhan) menghidupkan malam
harinya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.” (Hadis Riwayat
Muslim)
4.
Beruzlah (Tidak Mendekati) Istri
Kebiasaan
bagi Baginda Nabi SAW dan para salafussoleh terdahulu adalah memperbanyakkan
ibadah pada akhir Ramadan dan mengasingkan diri daripada mendekati isteri
masing-masing. Dalam hadis Bukhari ada menyatakan;
“Apabila
masuk sepuluh (hari terakhir bulan Ramadhan) Rasulullah SAW mengikat kainnya,
menjauhkan diri dari menggauli isterinya, menghidupkan malamnya dan
membangunkan keluarganya.”
5.
Memperbanyakkan Amal Ibadah Dan Qiamulail di Masjid Atau Surau
Rasulullah
SAW sering mendirikan malam pada bulan Ramadan dengan ibadah qiamulail. Baginda
Nabi SAW bersabda yang bermaksud;
“Sesiapa
menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah SWT,
maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
6.
Bersolat Tarawih dan Sholat Sunat Lain
Sahabat
tolongshareya antara ibadah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat
untuk menghidupkan 10 malam terakhir ialah dengan mendirikan solat sunat
seperti Tarawih, witir, tahajjud, taubat dan solat hajat. Firman Allah SWT yang
bermaksud;
“Dan,
pada sebahagian malam, laksanakanlah solat Tahajjud (sebagai suatu ibadah)
tambahan bagimu; semoga Tuhanmu mengangkat dan menempatkanmu pada hari akhirat
di tempat yang terpuji.” (Al-Israk : 79)
7.
Memperbanyakkan Zikir (Bertasbih, Tahmid, Takbir, Istighfar dan Bersholawat)
Selain
mendirikan solat, pengakhiran Ramadan juga boleh diisi dengan amalan seperti
berzikir (tasbih, tahmid, tahlil, istighfar ataupun selawat) seperti yang
dilakukan oleh para salafussoleh terdahulu. Zikir adalah sebagai tanda kita
mengingati Allah SWT.
8.
Membaca Dan Bertadarus Al-Quran
Malaikat
Jibril sentiasa bertadarus Al-Quran dengan Rasulullah SAW setiap hari sepanjang
bulan Ramadan. Para salafussoleh terdahulu juga sering mendahulukan bacaan
Al-Quran berbanding ibadah lain ketika dalam bulan Ramadan.
Bahkan,
ada dalam kalangan mereka ini mengkhatam Al-Quran dalam masa tiga hari,
sebahagiannya 7 hari atau 10 hari pada bulan Ramadan. Salah seorang sahabat
Rasulullah SAW; Saidina Uthman bin Affan pula mengkhatam Al-Quran setiap hari
dalam bulan Ramadan.
9.
Memperbanyakkan Doa Kepada Allah SWT
Sepanjang
bulan Ramadan, Rasulullah SAW sering berdoa; “Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah
kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami
daripada seksaan api neraka.”
Ma’la
Bin Fadhal berkata; Dahulu, para sahabat Rasulullah SAW berdoa kepada Allah
sejak enam bulan sebelum masuk Ramadan agar Allah SWT sampaikan umur mereka ke
bulan yang penuh berkah itu.
Kemudian,
selama enam bulan sejak Ramadan berlalu, mereka berdoa agar Allah terima semua
amal ibadah mereka di bulan itu. Di antara doa mereka ialah;
“Ya
Allah, sampaikanlah aku ke bulan Ramadan dalam keadaan selamat. Ya Allah,
selamatkanlah aku ketika Ramadan dan selamatkanlah amal ibadahku di dalamnya
sehingga menjadi amal yang diterima.” (Hadis Riwayat at-Tabrani; 2/1226)
Semoga
bermanfaat.
Sumber: tazkirah.net