Tolongshareya
– Sahabat tolongshareya melakukan amal sholih tentu sangat perlu untuk
dilakukan, semata-mata agar memperoleh ridho Allah dan mendapatkan pahala dari
Allah Swt. Oleh sebab itu ada 2 bacaan yang harus dibaca ketika selesai sholat yakni diantaranya:
Pertama:
Membaca sebanyak 10 kali, dalam keadaan masih duduk tahiyat akhir dan tidak
berkata-kata, sehingga selesai bacaan:
لَا إِلَهَ
إِلَّا اللَّهُ
وَحْدَهُ لَا
شَرِيكَ لَهُ,
لَهُ الْمُلْكُ
وَلَهُ الْحَمْدُ,
يحيي ويميت,
وَهُوَ عَلَى
كُلِّ شَيْءٍ
قَدِيرٌ
“Tiada
tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala
kerajaan dan segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah
yang Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
Kedua:
Membaca sebanyak 7 kali, sebelum berkata-kata sehingga selesai bacaan:
اللَّهُمَّ أَجِرْني
مِنَ النَّار
“
Ya Allah, peliharalah aku daripada api neraka.”
Boleh
juga membaca:
اللَّهُمَّ أَجِرْنَا
مِنَ النَّار
“Ya
Allah, peliharalah kami daripada api neraka.”
Apakah
Fadilah Amalan yang Pertama?
Hadis
daripada Abu Zar berkata,
“Sesungguhnya
Rasulullah S.A.W bersabda, ‘Barangsiapa yang membaca selepas solat Subuh, dalam
keadaan kakinya masih seperti tasyahhud akhir, sebelum berkata-kata sebanyak
sepuluh kali, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya sepuluh
kejahatan (dosa), diangkatkan baginya sepuluh darjat (kedudukan), dan dia pada
hari itu terjaga daripada segala perkara yang dibenci, terbentang daripada
syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu
kecuali syirik (menyekutukan) Allah’.” (Riwayat at-Tarmizi dengan sanad Hasan,
Imam ath-Thobrani menyebutnya di dalam al-Aushot dan al-Kabir. Lihat juga
Shahih at-Targhib wa at-Tarhib: 1/306)
Imam
an-Nasa’I menambah, “Dan baginya setiap yang dibacanya pahala seumpama
membebaskan seorang hamba.”
Imam
at-Tabrani menambah, “ Dan baginya setiap apa yang dibacanya pahala membebaskan
seorang hamba daripada anak Nabi Ismail dengan harga seorang daripada mereka
12000.”
Sahabat
tolongshareya apa Pula Fadilah Amalan yang Kedua?
Hadis
daripada al-Harith bin Muslim daripada ayahnya berkata; Nabi S.A.W bersabda,
“
Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu
berkata-kata: ‘Allahumma ajirna minan nar’ tujuh kali, maka sekiranya kamu
meninggal pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.
Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Magrib, maka bacalah sebelum kamu
berkata-kata: ‘Allahumma ajirna minan nar’ tujuh kali, maka sekiranya kamu
meninggal pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api
neraka.” (Riwayat Abu Daud dan an-Nasa’i)
Semoga
menjadi amalan dalam membolehkan kita mendapat keampunan daripada Allah S.W.T
serta ditempatkan di surga-Nya.
Amin
ya robbal alamin
Sumber: didakwah.blogspot.co.id